.

.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Kitab-kitab berunsur Okultisme dalam Masyarakat Melayu

Ilmu kebatinan atau okultisme dilihat merupakan unsur yang agak meluas dalam kehidupan masyarakt Muslim samada di Asia Barat, kewilayahan Indo-Pak, dan juga Nusantara sehingga menjadi suatu tradisi dan budaya yang menebal di kalangan masyarakat khususnya dalam beberapa kurun yang lalu.

Antara kitab-kitab bertulisan Jawi yang banyak memuatkan elemen kebatinan ialah:
1. Abi Ma’syar al-falaki. 1957. Bintang dua belas. Terj. Abu ‘Abd al-Qadir. Cetakan ke-2. Penang: Persama Press.
2. Haji Nik Mahmud bin Ismail. 1946. Kitab pati rahsia. Kota Baru: Percetakan al-Ahliah Sdn. Bhd.
3. Tuan Hasan ibn Tuan Ibn Tuan Ishak Fatani. T.th. Taj al-Muluk. T.tp.: Percetakan al-Ma’arif Sdn. Bhd.

Selain daripada kitab-kitab bahasa Melayu, terdapat juga kitab-kitab bahasa Arab yang diterbitkan di Timur Tengah yang turut popular di kalangan masyarakat Nusantara iaitu:
1. Ahmad ibn ‘Ali al-Bayyuni. 1970. Syams al-ma’arif al-kubra. T.tp.: T.pt.
2. Ahmad ibn ‘Ali al-Bayyuni. T.th. Manba’ usul al-hikmah. Misr: Syarikah Maktabah wa Matba’ah al-Babi al-Halabi wa Awladuhu.
3. Daud al-Antaki al-Darir. 1928. Sir al-asra wa kanz al-anwar. Al-Azhar: al-Maktabah al-Husyaniyah al-Misriyah.
4. ‘Abd al-Fattah al-Sayyid al-Tukhi. T. th. Sihr Harut wa Marut. Al-Qahirah: Dar al-Tiba’at al-Muhammadiyah.
5. Ahmad al-Dairabi al-Kabir. T.th. Kitab mujarabat. T.tp.: al-Matba’ah al-‘Uthmaniyyah al-Muhammadiyyah.
6. Abi ‘Abd Allah Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi al-Husni. Kitab Mujarabat al-Iman. T.tp.: T.pt.

Selain daripada yang disebutkan di atas, terdapat ratusan lagi buku-buku yang turut memuatkan elemen kebatinan yang tersebar di kalangan masyarakat Melayu di Nusantara samada dalam bahasa Melayu, Arab ataupun Inggeris.

Rujukan
Indriaty Ismail. 2007. Penulisan ilmu kebatinan dalam kitab-kitab melayu selepas merdeka. Dlm. Kamaruddin Salleh, Mazlan Ibrahim & Indriaty Ismail. Islam pasca kemerdekaan. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

2 ulasan:

Adzhar Ahmad berkata...

So.... haram ke kitab-kitab tersebut? Murtadkah kita kalau

Yusri Mohamad Ramli berkata...

Jika soalan ini secara de facto, maka jawabnya: Kitab-kitab tersebut banyak juga kebaikannya, banyak petua dan nasihat yang baik, tiada salah membacanya, cuma perlu ada kefahaman yang jelas tentang perkara-perkara kebatinan supaya tidak salah faham dan salah guna.
Jika soalan ini secara de jure atau perundangan atau dalam erti kata lain samada hukum taklifinya haram atau diharamkan secara undang-undang oleh KDN, maka Tuan boleh bertanya kepada pihak berkuasa: JAKIM, KDN dan sebagainya.
Untuk pengetahuan tuan dan pembaca lain, blog ini tidak lagi beroperasi dan diteruskan dan hanya menjadi arkib, saya cuma membantu menjawab persoalan ini sahaja kerana terbuka komen ini. Jika ada persoalan lanjut boleh emel ke xinnira@gmail.com

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP