.

.

Isnin, 9 November 2009

Enam Syarat Berjaya dalam Pelajaran.

Imam al-Shafi'i (r.a.) pernah berpesan:
"Ingatlah bahawa kamu tidak akan sekali-kali mencapai ilmu melainkan dengan enam perkara. Aku akan terangkan perinciannya dengan penjelasan: Kebijaksanaan, ketamakan yang mendalam (desire), kesungguhan, kemampuan harta (untuk membiayai pengajian), petunjuk dan panduan daripada guru, panjang tempoh belajarnya."
1. Kebijaksanaan
-ada dua bentuk kebijaksanaan:
i. kebijaksanaan: anugerah dari Tuhan yang berbeza-beza bagi setiap manusia, juga pengaruh keturunan, serta bakat yang telah dikurniakan
ii. kepandaian: yang berasaskan usaha setiap manusia yang mempunyai keupayaan yang sama. lagi banyak belajar, lagi pandai lah seseorang itu. juga dari sudut penjagaan akalnya, makan-minumnya, dan pelbagai usaha yang boleh memantapkan keupayaan akalnya.
Kedua-dua bentuk kebijaksanaan ini saling berkait antara satu sama lain. seseorang yang ada bakat tapi tidak berusaha, maka kebijaksaannya hanya sia-sia. ada yang tidak ada bakat, tapi rajin berusaha maka dia kadang kala lebih baik dari yang bijak tapi malas. Namun, yang terbaik adalah yang hebat kebijaksanaan dan mantap kepandaiannya.
2. Tamak dalam menuntut ilmu
Perlu ada niat, azam, dan kehausan yang kuat terhadap ilmu bagi mereka yang ingin berjaya dalam ilmu. Rasulullah sendiri pernah mengingatkan agar umat Islam menjadi: "Orang yang pandai, atau yang belajar, atau yang menderngar ilmu, atau yang mencintai ilmu, tapi jangan jadi yang kelima (yang bukan dari yang empat itu) maka kamu akan binasa."
Jadi perlu meletakkan menjadi alim sebagai matlamat menuntut ilmu. Kalau belajar sekadar ala kadar sahaja. Maka apa yang dipelajari hanya sia-sia. Ilmu perlu dicintai, dighairahi, dirindui dan disayangi, barulah ilmu itu akan memberi pentunjuknya kepada kita. Orang yang mengetahui hanya akan dapat mengetahui jika bersifat ingin tahu. Jika tidak ingin tahu, walaupun tahu, dia tidak dipanggil sebagai orang yang mengetahui.
3. Kesungguhan
Perlu bersungguh-sungguh, rajin, tekun, fokus dan tidak leka dalam pelajaran. Juga perlu sabar dan tabah menghadapi liku-liku perjalanan menuntut ilmu. Kesungguhan memerlukan kepada tindakan. Jika hanya sekadar bersungguh-sungguh niat untuk bersungguh, maka sesungguhnya kesungguhan tidak akan tercapainya. Hakikatnya kesungguhan inilah yang dinilai oleh Allah Taala, bukannya kejayaan. Begitulah juga dalam semua aspek kehidupan manusia yang lain. Orang yang pergi berjihad (baca bersunguh) dalam jihad yang sahih dinilai kerana jihadnya (kesungguhannya) tidak kiralah yang samada berjaya dalam peperangan ataupun tidak. Begitulah juga dalam menuntut ilmu kesungguhanlah yang menjadi kayu ukur sebenar kejayaan seseorang pelajar.
4. Pembiayaan yang cukup
Duit belanja untuk pengajian samada dari ibu bapa, keluarga atau ptptpu perlu diuruskan dengan baik supaya cukup untuk bayar yuran, belanja makan, beli buku dan peralatan dan sebagainya. Masalah ekonomi kadang kala boleh menjejaskan fokus seorang pelajar.
Oleh yang demikian, para penuntut ilmu sewajarnya bersikap berhemah dan bersederhana dalam berbelanja, banyak berpuasa, kurangkan membeli barangan bersifat kehendak, sebaliknya mengutamakan barang bersifat keperluan.
5. Petunjuk dari Guru
Imam al-Azhar al-Syarif, al-'Arif billah Shaykh Solih al-Ja'fari (r.a.) pernah berpesan: "Ilmu itu diambil dari dada guru-guru bukan dari buku-buku". Panduan dan pengajaran guru perlu dijadikan cahaya pentunjuk dalam perjalanan menuntut ilmu supaya tidak tersasar dan supaya keberkatan ilmu itu terhasil. Suatu hal yang membezakan pelajar yang berjaya atau tidak pada masa kini yang boleh dilihat dengan jelas ialah antara pelajar yang rajin mengulangkaji sendiri di rumah/bilik hostel tetapi tidak memberi tumpuan di dalam kuliah dan kelas dengan pelajar yang memberikan tumpuan di dalam kelas dan juga memberikan masa untuk mengulangkaji. Perlu ingat bahawa mengulangkaji (revision) adalah berbeza dengan belajar (study). Ini istilah yang sering pelajar terkeliru. Jika di dalam kelas tidak memberikan fokus, jadi bayangkanlah apa sebenarnya yang diulangkajinya, hanya usaha yang tidak bermakna. Tumpuan terhadap ajaran guru adalah 9/10 dari ilmu. 1/10 sahaja adalah dari usaha tambahan sendiri. Saya sendiri sering ditanya pada masa dahulu oleh rakan-rakan sebaya, apakah petua yang saya guna dalam belajar. Saya memberikan jawapan bahawa study di dalam kelas bersama guru perlu diutamakan dari study di bilik tidur bersendirian. Namun mereka tetap sangsi dan terus percaya dan mengamalkan 'study buta' mereka itu, dan ternyata tidak menghasilkan kejayaan melainkan 1/10 sahaja.
6. Tempoh yang Lama
Masa di sini merangkumi masa yang diperuntukkan oleh pelajar untuk belajar (dalam sehari sebagai contoh) serta panjangnya tempoh umur/tahun yang dihabiskan untuk belajar. Lagi lama seseorang itu belajar maka lagi banyak lah ilmunya. Namun ini masih tertakluk kepada syarat-syarat yang lain.
Para pelajar harus menyusun waktu supaya masa dapat diperuntukkan dengan cukup untuk melaksanakan tugasan di samping membaca buku-buku tambahan, serta mengulangkaji.
___________
Kesimpulannya, setiap enam syarat di atas saling berkaita antara satu sama lain. Jika kurang walaupun satu daripadanya maka akan menjejaskan tahap kejayaan seseorang penuntut ilmu.
Berikut merupakan skala kejayaan dalam pelajaran. Pembaca boleh cuba menilai diri dengan mengisi borang berikut berdasarkan skala markah 1 hingga 5.
1. Kebijaksanaan: 1,2,3,4,5
2. Ketamakan: 1,2,3,4,5
3. Kesungguhan: 1,2,3,4,5
4. Pembiayaan: 1,2,3,4,5
5. Panduan Guru: 1,2,3,4,5
6.Tempoh yang Lama: 1,2,3,4,5
Campurkan kesemua markah dan bahagi 6 serta lihat jadual di bawah:
5: Cemerlang (ada potensi untuk dapat 1st Class)
4: Sangat Baik (2nd Class Upper)
3: Baik (2nd Class Lower)
2: Sederhana (3rd Class)
1: Lemah (Fail)
Anda di mana? Jika masih rendah, maka sekarang adalah masanya untuk berubah. Ikutilah Enam syarat Imam al-Syafi'i tersebut, Insya Allah anda akan berjaya dalam kembara anda menuntut ilmu.

2 ulasan:

syed al-banjari berkata...

uish..bagus jugak ni..boleh nilai diri sendiri dan tambah mana yg kurang..

syed al-banjari berkata...

tapi..saya kalau bab2 nilai diri sendiri ni selalu bagi markah paling rendah je..sebab sy ni pantang rasa cam bagus sket..mulalah dtg en.malas masuk ke kamar jiwa, bersenang lenang bukan main dia..

boleh ke camni ust..ke guane??

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP